Ahad, 25 November 2018

REFLEKSI MINGGU KE -11

๐Ÿ’•๐Ÿ’•Assalamualaikum buat dr Sofiah dan rakan- rakan yang disayangi sekalian ๐Ÿ’•๐Ÿ’•

ISNIN ( 19/11/2018) - Tutorial | 3.00-4.00 Petang

Pada hari ini telah diadakan satu kuiz di perpustakaan Hamzah Sendut USM. Hati berdebar-debar kerana tidak tahu soalan yang keluar. Sebelum hari kejadian, dr telah memberi satu prakuiz berkenaan kata kerja yang dilakukan secara berpasangan. Soalan tersebut berkaitan kata kerja. Kami secara berpasangan perlu membina ayat dengan mengandungi kata kerja mengikut makna yang diberikan. Alhamdulillah, kami dapat menjawab. Prakuiz tersebut telah membantu kami untuk menjawab kuiz pada hari isnin. Kami ditugaskan untuk mencari ayat dalam majalah yang mengandungi makna kata kerja yang diberikan. Berdasarkan pembacaan, latihan prakuiz dan perbincangan bersama pasangan. Kami dapat menjawab kesemua soalan mengikut masa yang ditetapkan . 


SELASA (20/11/2018) - Kuliah | 8.00 pagi - 9.00 pagi

Kuliah dibatalkan sempena Hari Maulidurrasul.

KHAMIS (22/11/2018) - Kuliah | 10.00 pagi-11.00 pagi

Kuliah pada hari ini membincangkan tentang pengenalpastian kelas kata berdasarkan kriteria morfologi dan sintaksis. Seterusnya, dr membincangkan tentang ciri hakiki kelas kata leksikal dan bukan leksikal. Kelas kata tersebut terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverba dan kata preposisi. 

Kata nama | penentuan ( determiner) - itu, ini ( rumah itu)
                  | keserasian ( bi ) - is, are (bm) - ditentukan oleh imbuhan se- pada kata kerja
                  | bilangan - satu rumah. / penjodoh bilangan - sebiji epal
                  | keupayaan (-nya) - rumahnya

Kata kerja | waktu ( diungkap oleh kata bantu) - telah sedang ( mereka sudah berbaik)
                 | konsep suasana ( kata modalitas/ragam ) - dia perlu datang semalam

Setiap predikat kata kerja perlu ada argumen ( elemen yang wajib hadir dalam ayat ) 
* kata kerja tak transitif - 1 argumen 
 * kata kerja ekatransitif - 2 argumen
* kata kerja dwitransitif - 3 argumen 
* kata kerja (FKOMP) - mesti ada ayat lepas kata kerja

Kata adjektif | darjah kesangatan - dia sangat cantik
                     | darjah kepalingan - dia paling cantik
                      | darjah keagungan - maha kaya

Kata preposisi | hadir bersama KN - tentang masalah negara
Kata adverba | bersifat adjung ( optional ) - sana, sini, tadi



Ciri hakiki ini amat penting dalam menentukan kata tersebut tergolong dalam kelas kata yang betul. Oleh itu, ciri ini perlu diketahui terlebih dahulu sebelum dapat membina ayat dengan baik. 

SEKIAN , Terima kasih ๐Ÿ’•๐Ÿ’•


Selasa, 20 November 2018

REFLEKSI MINGGU KE- 10

❤️❤️ASSALAMUALAIKUM DR SOFIAH DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI ❤️❤️

12 NOVEMBER 2018 | ISNIN ( TUTORIAL 3.00 - 4.00 PETANG)

Hari pertama tutorial selepas cuti midsem selama seminggu. Dr memberi kami tugasan secara berpasangan untuk menjawab soalan yang diberikan . Soalan tersebut berkenaan kata. kami perlu menentukan kata akar, golongan kata bagi kata akar, Imbuhan yang terlibat, kata terbitan yang terhasi , golongan kata bagi kata terbitan dan maksud bagi kata terbitan tersebut. Dr memberi masa selama 20 minit untuk menyelesaikan soalan tersebut. Salah satu salah tempat kosong yang dijawab salah, maka salah semua . Kami hanya dapat menjawab 3 soalan yang betul semua. Selebihnya salah pada bahagian maksud dan kata akar. Disini, mengetahui bagaimana untuk menentukan kata akar bagi sesuatu perkataan yang terhasil, Imbuhan apa yang diterima sebelum membentuk kata terbitan yang baharu. Soalan dibincangkan, memandangkan dr tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. kami diminta membuat semula dan mengantarnya di bilik dr pada hari jumaat.

13 NOVEMBER 2018 | SELASA ( KULIAH 8.00 - 9.00 PAGI)

Kuliah pada pagi ini dimulakan dengan penerangan tentang kelas kata. Berdasarkan penerangan dr, sesuatu perkataan tersebut ditentukan kelas kata melalui semantik, morfologi dan sintaksis. Hal ini demikian keran, penentuan berdasarkan semantik tidak cukup bagi sesuatu kata tersebut. Setiap kategori kata leksikal perlu berganding dengan kategori kata bukan leksikal untuk membawa sesuatu makna. 

15 NOVEMBER 2018 | KHAMIS ( KULIAH 10.00 - 11.00 PAGI)

Kuliah pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu gemuruh. Setiap pelajar perlu menyanyikan lagu ini bersama-sama. Nyanyian ini telah membangkitkan semangat pelajar yang seringkali kelihatan lesu dan tidak bermaya ketika datang ke kelas. Setelah nyanyian tamat. Kami sekali lagi diberikan tugas secara berpasangan . Dengan menggunakan aplikasi padlet. Kami diminta menentukan setiap golongan kata bagi setiap perkataan dalam lirik lagu gemuruh berserta justifikasinya. Dalam tempoh masa yang singkat, kami bersama-sama berfikir ddan berbincang setiap perkataan yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Setelah selesai, kami diminta untuk menghartar jawapan pada komen di facebook. Dr telah berbincang sedikut berkaitan jawapan yang diberikan. Kami masih lemah dalam menentukan golongan kata. Golongan kata tugas tidak wujud kerana tiada frasa yang menunjukkan frasa tugas. 

Oleh itu, banyak ilmu baru yang saya peroleh dalam pembelajaran minggu ini. Dengan ini dapatlah saya menungkatkan lagi tahap kefahaman dalam ilmu morfologi.


Sekian Terima kasih. 

Sabtu, 3 November 2018

REFLEKSI MINGGU KE-8

Assalamualaikum Dr Sofiah dan rakan-rakan sekalian

TUTORIAL ISNIN (29 OKTOBER 2018)

Tutorial minggu ini dibatalkan. Namun pada isnin malam, dr telah memberikan satu tugasan dimana dr telah memberikan kami peluang untuk bertanya berkaitan morfem.

KULIAH SELASA (30 OKTOBER 2018)

Segala persoalan yang tidak diketahui jawapan boleh dikemukakan dan dr akan menjawab setiap persoalan tersebut. Alhamdulillah, perkara yang saya kurang faham dr telah terangkan dengan baik sekali. Setiap perkara dan sudut berkenaan morfem telah dr berikan dengan terperinci dan ianya telah meningkatkan lagi kefahaman saya berkaitan morfem. Soalan yang paling famous ditanya adalah berkaitan morfem kosong dalam bahasa melayu. kemudian, dr telah meneruskan dengan aktiviti quizlet dimana kami perlu mencari kumpulan berdasarkan nama yang terpapar di skrin telefon untuk menjawab soalan yang diberikan oleh dr. Setelah itu, Soalan ini merangsang kami untuk mengimbas kembali kesemua yang berkaitan morfem. Nasib kumpulan saya kurang baik dan kalah dalam permainan ini. Permainan ini memerlukan pelajar fokus dan peka terhadap soalan dan jawapan yang diberikan. Setelah itu, kuliah diteruskan dengan menjawab soalan di aplikasi kahoot. Nasib kurang menyebelahi saya apabila saya menjawab jawapan yang salah pada soalan pertama menyebabkan saya berada antara nombor yang terkebelakang. Meskipun soalan tersebut tidak dikira disebabkan mempunyai 2 jawapan yang betul namun sukar untuk saya mendapatkan tempat yang paling tinggi selepas itu . hihi. Alhamdulillah saya dapat menjawab semua soalan seterusnya dengan betul.

KULIAH KHAMIS (1 NOVEMBER 2018)

Pada rabu malam khamis, kami telah diberikan tugasan untuk menjawab soalan di mentimeter. Soalan berkenaan adalah mengenai maksud kategori leksikal dan kategori bukan leksikal. Mengikut pemahaman saya, kategori leksikal merupakan kata yang mempunyai makna di luar bidang nahuan. Manakala, kategori bukan leksikal merupakan kata yang mempunyai makna mengikut situasi. Pada keesokan harinya dr telah menjelaskan definisi bagi kedua-dua kategori tersebut. Saya dapat memahami perbezaan ini dan dr telah menggunakan contoh yang mudah untuk difahami.

Akhir sekali, kami telah diberikan tugasan untuk Midsem ini dengan membuat satu infografik berkenaan kategori leksikal dan kategori bukan leksikal. Saya berharap dapat melakukannya dengan baik. Selamat bercuti semua .........

Sekian terima kasih ...