❤️ Assalamualaikum buat Dr Sofiah dan rakan-rakan sekalian ❤️
TUTORIAL ISNIN | 10/12/2018 ( 3.00-4.00 petang)
Pada hari ini, dr telah memberikan 1 kuiz di kahoot berkenaan pelajaran yang telah dipelajari. Terkejut rasanya sebab tidak buat apa-apa persediaan πππ.. alhamdulillah, saya dapat menjawab beberapa soalan yang diberikan dengan betul. Dr juga membincangkan semula semua jawapan yang diberikan membuatkan saya lebih faham..
KULIAH SELASA | 11/12/2018 (8.00-9.00pagi)
Pada hari ini dr telah menerangkan tentang kata ganda berima. Berdasarkan penerangan dr, kata ganda berima merupakan golongan kata yang terbentuk melalui proses pengulangan kata akar. Namun, setiap pembentukan akan mengubah sama ada huruf konsonan / vokal / sukukata. Sebagai contoh ; kuih -muih, cerai berai, bukit-bukau.
Penggandaan berima terbahagi kepada 3 golongan ; pengulangan konsonan, pengulangan vokal dan pengulangan suku kata.
Terdapat beberapa ciri kata ganda berima ; hasil dari pengulangan yang melibatkan seluruh kata tetapi berlaku perubahan , tidak melebihi dari satu komponen yang wujud sebagai kata akar, perubahan leksikal bukan disebabkan pengimbuhan dan mempunyai acuan makna.
SECARA KESELURUHAN KURSUS HMT223
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada dr sofiah kerana mendidik kami dalam memahami ilmu morfologi πππ. Saya rasa sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk mempelajarinya dan Allah membuka hati saya untuk menukar subjek ini pada awal semester lalu. Bidang morfologi amat penting apabila kita bergelar sebagai seorang guru pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana, morfologi merupakan bidang yang mengkaji tentang tatabahasa melayu. Ia penting agar pelajar yang bakal kami didik dapat bertutur dalam bahasa melayu secara betul. Penggunaan tatabahasa yang baik akan melahirkan seorang pelajar yang mampu menulis ayat dengan baik dan gramatis.
Tambahan lagi, melalui kursus ini saya dapat mempelajari pelbagai aplikasi seperti kahoot, flipgrid, mentimeter dan bermacam lagi. Kini, saya sedar bahawa pembelajaran pada masa kini tidak membataskan penggunaan teknologi. Penggunaan aplikasi2 seperti ini dapat menarik minat khusunya kami dalam mempelajari bahasa melayu. Umum kita mengetahui bahawa pembelajaran bahasa melayu kebiasaannya hanya secara abstrak dimana kita membayangkan sesuatu perkara tersebut tanpa melihatnya. Oleh itu, kepelbagaian aktiviti ketika belajar dapat meningkatkan semangat kami ketika belajar.
Selain itu, dr sofiah memberikan penerangan yang sangat baik dalam kursus ini. Saya dapat memahami setiap pengajaran yang diberikan oleh dr. Dr akan memberikan contoh bagi setiap huraian penerangan yang diberikan menyebabkan kami lebih memahaminya.
Terima kasih dr. Halalkan segala ilmu yang dr beri. Semoga saya dapat belajar lagi dengan dr pada masa akan datang.
ππππππππππππππππππππππππ